My Add

Saturday 15 December 2012

Latihan kemahiran lepasan SPM sesi JanUARI depan

PUTRAJAYA, JUMAAT, 14 Disember, 2012: Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia mendapat sambutan menggalakkan apabila kira-kira 35,000 perantis berjaya dilatih sejak mula dilancar pada 2005.

Ketua Pengarah JPK, Datuk Dr. Pang Chau Leong berkata, penyertaan syarikat juga telah bertambah iaitu daripada empat kepada 1,245 buah dalam tempoh sama.

Menurutnya, permintaan tenaga kerja mahir semakin meningkat sejajar dengan kepesatan pembangunan negara yang memerlukan pekerja lebih cekap dan produktif.

‘‘Lepasan SPM yang gagal melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT), kini berpeluang meningkatkan kemahiran diri dengan menyertai beberapa program yang dilaksanakan JPK seperti kursus Industri Automasi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment