My Add

Saturday 15 December 2012

Wanita BN mahu lebih ramai pengarah wanita

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 14 Disember, 2012: Wanita Barisan Nasional (BN) menggesa syarikat korporat tempatan melantik lebih ramai wanita sebagai pemimpin atasan dalam syarikat yang disenaraikan di bawah Bursa Saham dan syarikat milik kerajaan (GLC).

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, lantikan itu perlu dibuat dalam masa terdekat dengan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita sebagai pengerusi atau ahli lembaga pengarah di bawah polisi kerajaan seperti yang diluluskan Kabinet Jun tahun lalu.

“Selain peserta Program Pengarah Wanita, saya juga menggesa syarikat korporat memberi peluang kepada lebih ramai wanita yang mempunyai pengalaman, bakat dan potensi dilantik di tempat pembuat keputusan dan di peringkat tertinggi sektor korporat.

“Pelantikan tidak seharusnya dihadkan hanya kepada peserta di bawah Program Pengarah Wanita sahaja," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment