My Add

Wednesday 12 December 2012

Malaysia akan usaha bawa pulang kenderaan curi di Thailand

HATYAI (Selatan Thailand), RABU, 12 Disember, 2012: Malaysia akan berusaha membawa pulang kenderaan yang dikesan telah dicuri dan dibawa masuk ke Thailand, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin hari ini.

Katanya, sekumpulan pegawai telah dihantar ke Thailand bulan lepas bagi mengesan dan mengenalpasti kenderaan-kenderaan terbabit di beberapa lokasi.

Bercakap kepada wartawan Malaysia selepas melawat Balai Polis Hatyai di sini hari, beliau berkata, setakat ini, kira-kira 100 kenderaan Malaysia telah dikesan di negara gajah putih itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment