My Add

Wednesday 12 December 2012

mej Proton berjaya ditingkatkan - Tun Mahathir

KUALA LUMPUR, SELASA, 11 Dissember, 2012: Imej dan jenama pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd. (Proton) berjaya ditingkatkan selepas diambil alih pengurusan baharu, DRB-Hicom, kata penasihat Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri berkata, pengurusan baharu Proton amat agresif dan mereka amat memberi tumpuan terhadap pengeluaran kereta berkualiti.

Malah, jelasnya, model-model baharu yang akan dikeluarkan Proton akan menjadi setanding dengan pengeluaran kenderaan dari negara-negara maju yang lain.

“Pengurusan terdahulu Proton melalui strategi pemasaran mereka telah membayangkan Proton hanya menghasilkan kenderaan murah.

“Persepsi orang ramai terhadap kenderaan murah adalah kurang berkualiti,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian di antara Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (PONSB) dan Petronas Technology Ventures Sdn. Bhd. (PTVSB) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment