My Add

Monday 10 December 2012

MIC minat tukar kerusi di Perak

KUALA LUMPUR, AHAD, 09 Disember, 2012: MIC berminat membuat pertukaran kerusi di Perak dengan parti komponen BN sebagai strategi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi.

Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel berkata, pihaknya bersedia melepaskan beberapa kerusi seperti di Behrang dan Pasir Panjang sebagai pertukaran dengan kerusi Buntong yang mempunyai 48 peratus jumlah masyarakat India.

“Ini adalah strategi untuk kemenangan yang besar buat BN, MIC bersedia untuk melepaskan beberapa kerusi milik kita, namun rancangan ini masih dalam peringkat perbincangan. Jika tidak dapat kerusi di Perak, kita akan menumpukan perhatian di Selangor, mungkin kerusi Dengkil.

“Walaubagaimanapun, kita tidak sesekali melepaskan sembilan kerusi Parlimen dan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment