My Add

Monday 10 December 2012

Orang Asli layak isi jawatan penting JPA

SEPANG, AHAD, 09 Disember, 2012: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersedia melantik Orang Asli yang berkelayakan mengisi jawatan penting dalam kerajaan khususnya dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Alias berkata, pihaknya tiada masalah melantik masyarakat tersebut mengisi jawatan tertinggi tetapi perlu mengikut syarat dan merit yang ditetapkan.

"Setakat ini jawatan paling tinggi disandang oleh Orang Asli dalam perkhidmatan awam ialah Timbalan Ketua Pengarah Jakoa.

"Kita bersedia melantik mereka memegang jawatan tertinggi dalam jabatan itu sekiranya layak," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Semarakkan Perkhidmatan Awam Bersama Masyarakat Orang Asli di Daerah Sepang di Kampung Orang Asli Air Bangkong, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment