My Add

Thursday 20 December 2012

Pak Da rasa berdosa pengaruhi orang ramai

BESUT, RABU, 19 Disember, 2012: Abdul Manaf Idris, 65, dari Kampung Tanah Merah di sini merupakan salah seorang yang pernah mempengaruhi orang ramai untuk menyakini Amanat Haji Hadi bagi memastikan penyokong Pas terus setia dan agar orang UMNO meninggalkan parti mereka.

Lebih dikenali sebagai Pak Da, beliau yang akhirnya merasa berdosa dengan segala onar yang tercetus dalam masyarakat bertitik-tolak dengan kefahaman mengenai amanat itu, berusaha memohon maaf atas keterlanjurannya dan akan bersama membantu menyedarkan masyarakat sehingga akhir hayatnya.

''Semua ini berpunca daripada amanat itu, biarpun Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin terus menafikannya tetapi beliau dan pemimpin Pas lain sehingga kini tidak pernah berusaha memperbetulkan gejala berterusan yang menyesatkan akidah ini, sedangkan perjuangan Pas dikatakan suatu dakwah," katanya yang merupakan bekas Penyelaras Pas bagi Dewan Undangan negeri Jabi bagi mengulas buku Kafirkah Aku tulisan C.N al-Afgani," katanya - UTUSAN

No comments:

Post a Comment