My Add

Friday 14 December 2012

Patung Qillin berusia 600 tahun

Oleh Mohd. Zuharman Mohamad Nor

 *WAN Mat Mat Zin menunjukkan patung Qillin yang didakwa berusia lebih
 600 tahun di Kampung Kubang Batang, Tumpat, Kelantan, semalam.

TUMPAT, KHAMIS, 13 Disember, 2012: Seorang pengusaha bengkel kimpalan, Wan Mat Mat Zin, 57 dari Kampung Kubang Batang, di sini mendakwa memiliki sebuah patung binatang mitos yang dinamakan sebagai Qillin didakwa berusia lebih 600 tahun yang diperolehi melalui seorang rakannya.

Menurutnya, patung berkepala naga, bertanduk, badan dan kakinya seperti kuda, bersisik dan perutnya seperti ular seberat kira-kira seberat satu kilogram itu diperoleh oleh rakannya ketika melakukan kerja-kerja menyedut pasir di kawasan sepanjang Sungai Kelantan selepas patung itu tersekat pada mesin penyedut pasir.

Katanya, maklumat diperoleh bahawa patung ini dikenali sebagai Qillin dan dalam kepercayaan masyarakat Cina yang beragama Buddha sejak ribuan tahun dahulu di mana mereka percaya kehadirannya mampu memberikan kebaikan dalam masyarakat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment