My Add

Tuesday 18 December 2012

Penduduk kesal sikap Guan Eng

Oleh AZELI ALI


 *PENDUDUK Kampung Federal bersama David Chua Teik Siang (kanan) 
membuat bantahan secara aman kerana tidak berpuas hati dengan pampasan 
yang ditawarkan oleh pemilik tanah supaya berpindah di Jalan Siram 
Butterworth, semalam.

BUTTERWORTH, ISNIN, 17 Disember, 2012: Penduduk Kampung Federal di sini kecewa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana bersikap membisu dengan nasib penduduk yang menunggu masa dihalau oleh pemilik tanah.

Menurut mereka, biarpun beberapa kali masalah itu diajukan kepada Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan, namun tiada sebarang tindakan diambil termasuk daripada wakil rakyat kawasan itu yang seolah-olah melarikan diri daripada mendengar rintihan penduduk.

Seorang penduduk, Abdul Razak Abdul Rahman, 61, berkata, mereka telah menetap di kampung itu sejak lebih 20 tahun lalu dan meneroka kawasan itu yang dulunya tanah paya untuk dibina rumah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment