My Add

Tuesday 18 December 2012

Pengambilan amah perlu diurus kerajaan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 17 Disember, 2012: Semua urusan pengambilan pembantu rumah asing dicadang diuruskan antara kerajaan dengan kerajaan (GTG) bagi meringankan bebanan majikan di negara ini.

Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia, Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya berkata, langkah tersebut dicadangkan bagi memastikan operasi pengambilan pembantu rumah asing dikawal.

Jelasnya, keselamatan dan pemantauan antara majikan dan pekerja dapat dikawal apabila tugas tersebut diambil alih oleh kerajaan sepenuhnya.

Katanya, penyelarasan tersebut juga membantu mengurangkan kos pentadbiran yang perlu ditanggung oleh majikan.

"Saya menerima banyak aduan berhubung proses mendapatkan pembantu rumah yang agak sukar serta melibatkan bayaran tinggi sehingga mencecah RM12,000, jelas tidak masuk akal kerana urusan imigresen masih lagi rendah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment