My Add

Sunday 16 December 2012

Penduduk mengundi tentukan Perlembagaan

 *PENUNJUK perasaan melaungkan slogan menentang draf Perlembagaan di
Dataran Tahrir, Kaherah kelmarin. - AGENSI

KAHERAH, SABTU, 15 Disember, 2012: Rakyat Mesir hari ini mula mengundi dalam pungutan suara berhubung draf Perlembagaan yang telah memecahbelahkan negara dan mewujudkan krisis terburuk sejak bekas Presiden, Hosni Mubarak digulingkan pada tahun lepas.

Beratus-ratus pengundi beratur di luar pos pengundian di Kaherah hampir dua jam sebelum dibuka kira-kira pukul 8 pagi waktu tempatan.

''Saya sudah membaca sebahagian daripada Perlembagaan baharu dan tidak melihat sebarang alasan untuk menentangnya,'' kata seorang penduduk, Rania Wafik.

Lebih 26 juta pengundi dijadualkan membuang undi mereka hari ini manakala 25 juta orang lagi akan berbuat demikian pada minggu depan.

Undian hari pertama pungutan suara diadakan di 10 wilayah termasuk Kaherah dan Iskandariah.

Penggubalan Perlembagaan itu menyaksikan Presiden, Mohammed Mursi dan pergerakan Islam menyokongnya, manakala pergerakan Islam berfahaman sederhana, liberal dan Kristian membantah.

Pungutan suara itu dilihat bertukar menjadi satu pemilihan antara menjadikan Perlembagaan Mesir berteraskan undang-undang Syariah atau mengekalkan tradisi sekular dengan ciri-ciri berasaskan Islam.

Para pengkritik melahirkan kebimbangan mengenai kesahihan pungutan suara itu selepas kebanyakan hakim mahkamah enggan menyelia proses perjalanannya.

Pembangkang berkata, proses pengundian yang diadakan pada dua hari berasingan ekoran kekurangan hakim menyebabkan keputusan awal mengubah pendapat pengundi. - AGENSI

No comments:

Post a Comment