My Add

Monday 24 December 2012

Penerbit perlu hasilkan filem boleh eksport

KUALA LUMPUR, ISNIN, 24 Disember, 2012: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mahu penerbit filem Melayu menghasilkan produk yang boleh dipasarkan ke luar negara menerusi kerjasama dengan penerbit filem bukan Bumiputera.

Beliau berkata, kandungan sesebuah filem juga harus diubah agar menepati cita rasa semua bangsa selain meminimumkan kisah hantu dan khayalan.

"Orang Melayu tidak boleh lagi hanya mengeluarkan filem untuk orang Melayu, begitu juga orang Cina dan orang India. Mari bekerjasama supaya industri filem kita keluarkan produk sebagai satu industri dan bukan untuk satu kaum.

"Orang Melayu mesti boleh berkawan dengan orang bukan Melayu dan sebaliknya. Bikin filem yang boleh dijual di luar seperti China, Taiwan dan Hong Kong,” katanya di sini hari ini.

Rais juga berkata, sesebuah filem perlu memiliki jalan cerita yang menarik serta memenuhi selera semua pihak, terutama orang muda.

Beliau berkata, bagi mewujudkan paparan baharu berhubung filem tempatan, penglibatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan diperluas terutama dalam aspek komunikasi serta pembangunan peralatan. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment