My Add

Monday 24 December 2012

Penghormatan negara untuk Keng Yaik

KUALA LUMPUR, AHAD, 23 Disember, 2012: Mayat bekas Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi, mendiang Tun Dr. Lim Keng Yaik akan diberi penghormatan negara sebelum dibakar Rabu ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, keputusan itu dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai menghargai sumbangan serta pengorbanan bekas Presiden Gerakan itu kepada negara selama berpuluh-puluh tahun beliau berkhidmat.

"Beliau adalah tokoh yang terlalu banyak berjasa kepada parti dan negara serta dihormati ramai kerana telah memberi sumbangan besar sebagai presiden parti dan menteri Kabinet.

"Kerana itu, Perdana Menteri memutuskan memberikan penghormatan negara kepada mendiang," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Dravidian Malaysia di sini hari ini.

Tsu Koon yang juga Presiden Gerakan berkata, upacara pengebumian negara itu akan diuruskan Bahagian Istiadat dan Urus Setia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri.

Keng Yaik, 73, meninggal dunia pada pukul 5.13 petang semalam akibat sakit tua dan mayat mendiang akan dibakar di Krematorium Cheras di sini, Rabu ini - UTUSAN

No comments:

Post a Comment