My Add

Sunday 23 December 2012

Permohonan tanah di Pahang akan selesai selepas pilihan raya

JERANTUT, AHAD, 23 Disember, 2012:
Kerajaan Pahang memberi jaminan akan menyelesaikan permohonan pemilikan tanah oleh rakyat negeri ini selepas selesai pilihan raya ke-13.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata di kebanyakan tempat, permohonan tanah telah diselesaikan oleh jawatankuasa permohonan tanah pejabat daerah.

"Ada tempat yang 100 memohon, semua dapat. Tapi ada juga kebanyakan tempat hanya 30 peratus yang selesai, 70 peratus lagi masih dalam proses. Ini akan kita selesaikan selepas pilihan raya nanti," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment