My Add

Friday 7 December 2012

Polis tumpas Geng Honda

 *MOHAMAD Md. Yusof menunjukkan motosikal dan komponen yang sudah
dileraikan dirampas daripada Geng Honda di Klang, Selangor, semalam
.

Oleh AZIAN AZIZ
KLANG, KHAMIS, 06 Disember, 2012: Taktik sebuah kumpulan curi motosikal yang ingin mengaburi pihak berkuasa dengan menjual komponen kenderaan curi melalui platform internet di laman web mudah.my terbongkar apabila tiga anggotanya diberkas dalam tiga serbuan di sini kelmarin dan semalam.

Ketiga-tiga suspek yang berusia antara 21 tahun hingga 22 tahun itu merupakan anggota kumpulan curi motosikal dikenali Geng Honda dan dipercayai bergiat aktif mencuri puluhan kenderaan itu di sekitar Klang Selatan dan Utara, Shah Alam dan Petaling Jaya sejak awal tahun ini.

Turut dirampas dalam ketiga-tiga serbuan ialah enam buah motosikal antaranya jenis Honda, Kawasaki dan Yamaha, enam enjin motosikal, dua rangka motosikal, pelbagai komponen motosikal dan peralatan curi motosikal serta besi pencetak nombor casis enjin palsu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment