My Add

Wednesday 19 December 2012

Rakyat boleh nilai sendiri segala pembohongan kerajaan Pas Kedah

ALOR SETAR, SELASA, 18 Disember, 2012: Kerajaan Pas Kedah didakwa telah menggadai masa depan rakyat negeri ini apabila dengan rakus meneroka hutan untuk aktiviti pembalakan, perlombongan dan menjalankan aktiviti mengorek pasir.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, rakyat boleh membuat penilaian sendiri berhubung pendedahan yang dibuat oleh akhbar ini mengenai penebangan hutan oleh kerajaan Pas Kedah.

"Kerajaan Pas Kedah tidak melihat jauh ke hadapan kesan daripada pembalakan yang mereka lakukan di kawasan hutan.

"Sebelum ini apabila kita dedahkan, kerajaan Pas Kedah asyik menafikannya. Kini saya harap rakyat tengok sendiri kesan penebangan hutan itu kerana kita tidak boleh tipu dengan gambar-gambar yang telah disiarkan hari ini.

"Rakyat kena menilai segala pembohongan yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri untuk menutup perbuatan mereka itu," katanya ketika ditemui di Flat Simpang Kuala di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment