My Add

Saturday 15 December 2012

Rayuan Khir Toyo pada tarikh lain

PUTRAJAYA, JUMAAR, 14 Dissember, 2012: Rayuan bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo terhadap sabitan dan hukuman penjara setahun atas kesalahan mendapatkan untuk beliau dan isteri, dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta, akan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada satu tarikh lain.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama-sama Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Aziah Ali menetapkan demikian selepas mendengar penghujahan kedua-dua pihak.

Mahkamah hari ini meminta pihak pembelaan dan pendakwaan mengemukakan hujahan lanjut berhubung isu sama ada Mohamad Khir membeli hartanah tersebut mengikut penilaian yang mencukupi berdasarkan kepada nilai pasaran.

Peguam Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili perayu menyatakan, isu berhubung nilai pasaran tidak dipertimbangkan secara serius oleh hakim bicara. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment