My Add

Wednesday 19 December 2012

Saman RM15 juta, mangsa maafkan rakan

KUALA LUMPUR, SELASA, 18 Disember, 2012: ''Saya sayang orang Melayu. Demi masa depan mereka, saya terima permohonan maaf ini. Semoga persahabatan yang terjalin dapat dipulihkan kembali.''

Begitu harapan seorang bekas penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Melaka, Ahmad Zulhelmi Md. Suhaimi, 21, yang pernah dipukul oleh 11 rakan sekampus kira-kira dua tahun lalu sehingga terpaksa menjalani pembedahan.

Ahmad Zulhelmi yang kini bekerja di sebuah bank menyatakan demikian kepada pihak media sebaik sahaja kes saman RM15 juta terhadap mereka yang merupakan pelajar senior di UiTM Lendu ketika itu, berjaya diselesaikan dengan cara baik selepas membacakan permohonan maaf secara terbuka.

Bekas pelajar jurusan Diploma Sains Kuantitatif itu telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini pada 30 Mac lalu melalui firma guaman Tetuan Azmi Talib & Associates. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment