My Add

Sunday 9 December 2012

SDSI sebagai komponen RTP

MELAKA, SABTU, 08 Disember, 2012: Unit Perancang Ekonomi (EPU) akan memasukkan program pameran Satu Daerah Satu Industri (SDSI) sebagai satu komponen dalam Program Transformasi Luar Bandar (RTP) ekoran kejayaannya membangunkan usahawan bumiputera.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pada tahun lalu SDSI berjaya mengumpul seramai 524 usahawan kecil dan sederhana (IKS) dan mencatatkan sebanyak RM16.5 juta jualan kontrak dan RM4.45 juta jualan tunai.

"SDSI telah menunjukkan peningkatan jualan dari tahun ke tahun sejak pelaksanaannya pada 2006 dan ini menunjukkan program itu amat memberi faedah kepada usahawan tempatan terutamanya usahawan mikro.

"Program ini juga membuka peluang kepada masyarakat kampung dalam mempromosikan produk mereka yang sekali gus dapat membuka peluang perniagaan baru dan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Showcase SDSI 2012 edisi ketujuh di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini hari ini - UTUSAN.

No comments:

Post a Comment