My Add

Monday 10 December 2012

Sejuta jemaah tunggu giliran untuk tunai haji

KUANTAN, ISNIN. 10 Disember, 2012: Sebanyak sejuta umat Islam di negara ini berada dalam senarai menunggu untuk mengerjakan haji berikutan kuota yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi hanya 28,000 orang bagi setiap kali tibanya musim haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata, daripada jumlah tersebut, terdapat kira-kira 14,000 bakal jemaah haji yang berusia 75 tahun ke atas.

"Justeru, saya menasihati mereka yang pernah menunaikan haji agar tidak memohon lagi dan memberi laluan kepada bakal jemaah baru supaya mereka berpeluang menunaikan Rukun Islam kelima itu.

"Kewajipan kita sebagai umat Islam hanya sekali melakukan ibadah haji kerana jika dilakukan lebih daripada itu ia menjadi sunat. Maka, sebaiknya berilah laluan kepada mereka yang lebih layak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Multaqa Guru Takmir, Guru Kafa dan Imam peringkat negeri di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment