My Add

Thursday 20 December 2012

Sering tonton filem Mandarin antara faktor kejayaan

*MUHAMAD Daniel Idrus meraikan kejayaan bersama Suhani Maarof dan Idrus Md. Zin di Jabatan Pelajaran Negeri Melaka, Bukit Baru, semalam.

MELAKA, RABU, 19 Disember, 2012: Berkat tidak mengabaikan ulang kaji serta sering membuat latihan komunikasi dan pemahaman dengan menonton filem mandarin membolehkan Muhammad Daniel Idrus, 15, memperoleh keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 iaitu 9A termasuk bahasa Cina.

Pencapaian cemerlang itu membolehkan pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Tinggi Cina Melaka itu diumumkan sebagai pelajar cemerlang pada pengumuman PMR 2012 Melaka di Jabatan Pelajaran negeri, Bukit Baru di sini hari ini.

Lebih manis Muhammad Daniel menerima anugerah khas daripada Jabatan Pelajaran negeri atas keputusan cemerlang yang dicapai pada PMR tahun ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment