My Add

Saturday 15 December 2012

Shaik Hussein 'sambut' Guan Eng di mahkamah

 *LIM Guan Eng (kanan) seolah-olah menarik semula tangannya daripada bersalam
dengan Shaik Hussein Mydin ketika beliau hadir bagi memfailkan saman di
Mahkamah Tinggi, Pulau Pinang, semalam.

PULAU PINANG 14 Dis. - Bagi 'mengalu-alukan' tindakan Lim Guan Eng memfailkan saman terhadapnya, Ketua Pemuda UMNO negeri, Shaik Hussein Mydin hari ini 'menyambut' ketibaan Ketua Menteri Pulau Pinang itu di Kompleks Mahkamah Pulau Pinang, Lebuh Light, di sini hari ini.

Sebaik sahaja Guan Eng memasuki perkarangan premis tersebut Shaik Hussein dilihat memegang tangan Setiausaha Agung DAP itu untuk bersalaman.

Bagaimanapun, Guan Eng seolah-olah menarik semula tangannya sebaik menyedari beliau sedang bersalaman dengan Shaik Hussein.

Shaik Hussein ketika ditemui berkata, beliau berbuat demikian sebagai bukti bahawa dirinya bersedia untuk dihadapkan ke mahkamah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment