My Add

Saturday 15 December 2012

UPM sumbang RM10,000 kepada Tabung Gaza POKB

 *SYED Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir (tiga dari kanan), Wan Azman Wan
 Omar (dua dari kiri) dan beberapa wakil UPM serta ahli POKB memegang
Tabung Gaza di Serdang, semalam.

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 14 Disember, 2012: Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini menyampaikan sumbangan RM10,000 bagi mengisi Tabung Gaza yang dikendalikan Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) bertujuan meringankan penderitaan rakyat Palestin.

Pendaftar UPM yang juga Ahli Lembaga Amanah Tabung Gaza POKB, Datuk Wan Azman Wan Omar berkata, sumbangan itu juga sebagai tanda sokongan persatuan tersebut bersama-sama masyarakat dunia dalam mengutuk kekejaman rejim Zionis Israel.

"Laporan media menunjukkan pencerobohan Israel di Gaza tidak hanya membunuh penduduknya, malah menyebabkan kemusnahan harta benda, kemudahan awam dan infrastruktur di negara tersebut.

"Sehubungan itu, sumbangan ini yang dikumpul daripada pelbagai pihak di UPM diharap dapat meringankan kesengsaraan penduduk Palestin tersebut," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan kepada Tabung Gaza Derma Palestin POKB di UPM, Serdang, dekat sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris; Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat UPM, Prof. Dr. Renuganth Varatharajoo dan Presiden POKB, Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad.

Sumbangan itu melibatkan beberapa pihak antaranya UPM Holdings Sdn. Bhd., Koperasi UPM, Pejabat Bendahari UPM, Pejabat Pendaftar UPM dan penuntut UPM serta orang ramai.

Dalam pada itu, Pengerusi Tabung Gaza POKB, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pihaknya berasa bangga dan bersyukur kerana sasaran sebanyak RM40,000 untuk tabung itu berjaya dicapai.

"Setakat ini, kami berjaya mengumpul RM140,000 sejak tabung ini dilancarkan pada 22 November lalu dan diletakkan di pasar raya Mydin serta cawangan restoran Secret Recipe di seluruh negara," katanya.

Menurut beliau, hasil kutipan itu akan disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak oleh Pemegang Amanah POKB sebelum diserahkan kepada wakil Kedutaan Palestin di Malaysia. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment