My Add

Wednesday 12 December 2012

SKMM dicabar siasat Malaysiakini

KUALA LUMPUR, SELASA, 11 Disember, 2012: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dicabar untuk menyiasat kesemua laporan berhubung komen-komen pembaca portal berita propembangkang Malaysiakini yang mengandungi unsur-unsur penghinaan terhadap negara.

Ahli Dewan Negara, Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, sebahagian besar penulis komen-komen tersebut tidak lagi menetap di negara ini dan berselindung di sebalik status sebagai pembaca untuk melampiaskan dendam mereka.

“Saya ingin bertanya kepada SKMM ke manakah perginya berpuluh-puluh laporan yang dibuat terhadap komen-komen menghina negara yang dipaparkan portal Malaysiakini.

“Penulis-penulis komen itu hendak jadi pengundi tetapi mereka tiada tanggungjawab. Saya cabar SKMM untuk siasat Malaysiakini dan saya bersedia membantu," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau turut mempertikaikan kegagalan agensi-agensi yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan terhadap Malaysiakini yang dilihat begitu ghairah memburuk-burukkan institusi-institusi penting negara seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Mereka selalu beri jawapan tiada peruntukan undang-undang atau aduan itu di luar ruang lingkup mereka. Sepatutnya mereka mencari jalan untuk menangani isu ini," ujarnya.

Jelas Mohamad Ezam, agensi-agensi terbabit mungkin boleh belajar daripada pengalaman rakan-rakan sejawat di negara-negara maju yang turut berhadapan dengan situasi serupa. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment