My Add

Saturday 15 December 2012

Suami isteri terlibat 11 kes pecah rumah

*NOR Hashim Mohamad menunjukkan cara suspek membuka kunci rumah di samping barang rampasan pada sidang akhbar di Nusajaya, Johor, semalam.

NUSAJAYA, JUMAAT, 14 Disember, 2012: Polis menahan sepasang suami isteri yang aktif melakukan jenayah pecah rumah dan disyaki terlibat dalam 11 kes di negeri ini sejak setahun lalu.

Pasangan itu ditahan di sebuah rumah di Taman Skudai Baru dekat sini pukul 9.30 pagi semalam hasil maklumat orang awam.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Nor Hashim Mohamad berkata, setelah diperiksa polis menemukan barang curi dan peralatan digunakan untuk melakukan jenayah tersebut antaranya lima pemutar skru dan dua batang allen key yang diubah suai.

"Selain itu, polis turut merampas satu mangga kunci, lima telefon bimbit, kunci kereta Perodua Viva, dua kotak mengandungi duit syiling Singapura dan dompet wanita," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment