My Add

Wednesday 19 December 2012

Tangan Nor Arif terpaksa dipotong

KUALA TERENGGANU, SELASA, 18 Disember, 2012: Tangan Nor Arif Luqman Nor Azhadi, 4, yang patah akibat terjatuh dari tangga di rumahnya tidak boleh diselamatkan lagi dan terpaksa dipotong.

Ini kerana tangan yang kehitaman dan bengkak selepas dibawa berjumpa bomoh itu dikatakan sudah 'mati' ekoran lewat mendapatkan rawatan susulan daripada doktor.

Bapa kanak-kanak itu, Nor Azhadi Nordin, 35, berkata, doktor yang memeriksa keadaan anaknya yang kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, telah mengesahkan tangan tersebut tidak dapat diselamatkan lagi.

Bagaimanapun, Nor Azhadi belum mampu membuat keputusan sama ada membenarkan tangan anaknya dipotong buat masa ini atau sebaliknya, kerana dia berharap ada alternatif lain untuk mengubatinya.

"Walaupun tangannya sudah tidak lagi berfungsi buat masa ini, sekurang-kurangnya anak saya masih ada sebelah tangan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment