My Add

Friday 21 December 2012

Tiga lelaki cedera ditetak

Oleh YULPISMAN ASLI

*AZRI Jaafar cedera di bahu, tangan kiri dan belakang badan.

KOTA BHARU, KHAMIS, 20 Disember, 2012: Tiga lelaki termasuk sepasang adik beradik berdepan detik cemas selepas diserang dan ditetak seorang lelaki menggunakan kelewang dalam dua kejadian di Kubang Kerian di sini semalam.

Kejadian pertama berlaku kira-kira pukul 3 petang ketika Annuar Jaafar, 30, dan birasnya, Mohamad Jusoh, 43, sedang melakukan kerja pendawaian di rumah suspek di Kampung Jabi.

Menceritakan kejadian itu, Mohamad memberitahu, dia bersama Annuar sedang bekerja di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan semasa suspek bersenjatakan sebilah kelewang meluru masuk dan menetak bahu kanannya.

Dia yang terkejut dengan tindakan lelaki itu segera menjerit mengarahkan Annuar yang berada di atas tangga supaya melarikan diri namun birasnya itu tidak sempat turun dan turut ditetak di tangan kiri dan belakang badan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment