My Add

Saturday 22 December 2012

Ubat, kelengkapan kanak-kanak fokus misi KP1M ke Mindanao

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 21 Disember, 2012: Misi Kemanusiaan ke Mindanao, Filipina kelolaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) pada 23 hingga 28 Disember ini akan memberi tumpuan kepada kelengkapan kanak-kanak serta keperluan perubatan.

Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, misi kemanusiaan ke-30 di bawah kelab itu juga merupakan bantuan susulan kerajaan Malaysia di wilayah Selatan Filipina itu.

Menurut beliau, misi itu akan disertai sebanyak 47 sukarelawan termasuk ahli agama.

“Selain kelengkapan perubatan dan ubat, kita akan menyediakan keperluan asas nutrisi kanak-kanak seperti susu dan lampin pakai buang.

“Kesemua kelengkapan dan keperluan itu akan dihantar menggunakan pesawat Charlie milik Tentera Diraja Udara Malaysia (TUDM)," katanya pada sidang akhbar berhubung misi kemanusiaan itu di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment