My Add

Monday 10 December 2012

Umat islam perlu imarahkan masjid - Harussani

IPOH, ISNIN, 10 Disember, 2012:, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengingatkan umat Islam di negara ini agar tidak lupa tanggungjawab untuk menjaga serta mengimarahkan masjid, terutama yang baharu dibina.

"Kebanyakan masjid hanya penuh pada Jumaat sahaja tetapi jemaahnya kurang pada hari-hari lain terutamanya semasa solat Subuh,” katanya pada majlis perasmian Surau Rafeah di Meru Perdana di sini, semalam.

Beliau berkata, masalah itu mungkin berlaku kerana umat Islam sekarang tidak menganggap masjid dan surau sebagai milik mereka kerana dibina oleh kerajaan.

"Sebelum merdeka, masjid dan surau dibina hasil usaha setiap umat Islam dengan mewakafkan tanah dan sumbangan derma. Selepas merdeka, masjid dibina dengan bantuan kerajaan sehingga setiap daerah ada masjid.

"Apabila masjid rosak, bocor mereka minta bantuan dengan kerajaan, seolah-olah sudah tidak ada tanggungjawab manusia,” katanya.

Beliau juga meluahkan rasa kesal dengan sikap sesetengah pihak yang menjadikan masjid dan surau sebagai tempat memburukkan sesama Islam dan memecah-belahkan ummah. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment