My Add

Saturday 15 December 2012

YTAR perkenal bantuan kewangan khusus

PUTRAJAYA, JUMAAT, 14 Disember, 2012: Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) memperkenalkan satu lagi pemberian bantuan kewangan khusus untuk pelajar cemerlang yang gagal memperoleh biasiswa eksklusif dari yayasan itu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pemberian bantuan kewangan itu dibuka kepada semua calon yang pernah mengikuti sesi pemilihan biasiswa Tunku Abdul Rahman sebelum ini.

Katanya, ini kerana pihak lembaga pemegang amanah tersebut percaya lebih ramai pelajar berpotensi tinggi mampu dilahirkan sekiranya bantuan sokongan kewangan diberikan.

“Biasiswa yang ditawarkan itu sangat berprestij dan eksklusif iaitu hanya diberikan kepada enam pelajar sahaja tahun ini dengan wajib mengekalkan tahap pencapaian akademik minimum Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.75. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment