My Add

Friday 14 December 2012

Yayasan Felda terima 'Outstanding New Centre'


*MIKE Dawe menyampaikan anugerah 'Outstanding New Centre' kepada Mohd. Isa Abdul Samad sambil diperhatikan oleh Dr. Emel Faizal Mohd. Mokhtar di London, baru-baru ini.

JEMPOL, KHAMIS, 13 Disember, 2012: Yayasan Felda telah menerima anugerah 'Outstanding New Centre' (Asia Pacific Regime) daripada institusi pengajaran terkemuka dunia di United Kingdom, City and Guilds, pada satu majlis yang berlangsung di hotel Holiday Villa, London pada 23 November lalu.

Anugerah itu telah disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Antarabangsa City and Guilds, Mike Dawe kepada Pengerusi Yayasan Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Ketua Eksekutif Yayasan Felda, Dr. Emel Faizal Mohd. Mokhtar berkata, City and Guilds turut memberikan anugerah 'The Centre & Qualification Approved Certificate' kepada Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga, Pahang; Kampus Raja Alias, Negeri Sembilan dan Kampus Trolak, Perak. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment