My Add

Friday 4 January 2013

19 maut, 47 cedera letupan bom di Iraq

KARBAL, JUMAAT, 04 Januari, 2013A: Sebuah trak dengan muatan bom meletup di selatan Baghdad dan mengakibatkan 19 pengikut ajaran Syiah terbunuh serta mencederakan 47 yang lain di bandar Karbala, Iraq, awal pagi tadi.

Setakat ini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu yang berlaku kawasan tempat letak kereta di bandar Musayyib, yang sering digunakan sebagai lokasi pengangkutan di kalangan pengikut Syiah

Bagaimanapun, kumpulan militan Sunni sering mensasarkan serangan ke atas puak Syiah yang mengakibatkan pertumpahan darah ketika upacara berlangsung.


“Serangan yang pada jam 5 petang (waktu tempatan) mengorbankan 19 nyawa dan mencederakan 47 yang lain,” kata pegawai perubatan dan polis negara itu.

Ia adalah serangan kedua di Musayyib dalam tempoh beberapa hari, iaitu separuh daripada laluan di sepanjang jalan utama menghubungkan Baghdad dan Karbala. - AFP

9 terbunuh letupan bom kereta di Damsyik

BEIRUT: Kumpulan aktivis Syria berkata sebuah kereta yang dipasang dengan bom di Damsyik, ibu negara Syria meletup dan meragut sekurang-kurang sembilan nyawa di kawasan kejiranan Masakin Barzeh, hari ini.

Kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain berkata, angka kematian dijangka meningkat berikutan ramai mangsa yang cedera dalam keadaan kritikal.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih 60,000 terkorban sejak pemberontakan bermula pada Mac 2011 di Syria, sehingga mencetuskan peperangan saudara di negara itu. - AP

No comments:

Post a Comment