My Add

Wednesday 30 January 2013

Guan Eng diasak beri penjelasan

Oleh SHEILA RANI CHANDRASEKARAN

KUALA LUMPUR, SELASA, 29 Januari, 2013: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terus diasak memberi penjelasan berkenaan tindakan beliau yang masih gagal menyerahkan keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk disahkan.

Bekas Ketua Cawangan DAP Sungai Pelek, Tan Tuan Tat menegaskan, tindakan Guan Eng yang gagal menyerahkan keputusan pemilihan CEC walaupun sudah 40 hari berlalu, dilihat mengundang lebih banyak keraguan.

"Bukan sahaja ahli akar umbi DAP, malah seluruh rakyat menunggu jawapan beliau berhubung perkara ini. Guan Eng selaku pemimpin tertinggi dalam parti harus tampil memberi penjelasan dan bukannya berdiam diri. Tindakan beliau seolah-olah menunjukkan terdapat kesangsian dalam keputusan pemilihan CEC," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment