My Add

Wednesday 30 January 2013

Pukul bapa, lelaki dipenjara 20 bulan

KOTA BHARU, RABU, 30 Januari, 2013: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 20 bulan ke atas seorang lelaki yang tergamak memukul kepala bapanya dengan tongkat topang aluminium pada 8 November lalu.

Majistret Mohd. Hafiz Mohd. Noor menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Alias Mohd. Hazami, 20, selepas pemuda itu mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan itu.

Alias didakwa memukul kepala bapanya, Mohd. Hazami Ismail, 50, dengan tongkat aluminium sehingga lelaki itu cedera dan luka di belakang kepala di sebuah rumah di Kampung Seterpa Tengah, Bangu, di sini pada pukul 11 pagi, 8 November lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua seksaan itu jika disabitkan kesalahan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment