Ketua ajaran sesat didakwa
Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
JASIN, SELASA, 29 Januari, 2013: Seorang lelaki yang dipercayai ketua ajaran sesat Panji Langit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memiliki berpuluh-puluh senjata berbahaya dan senjata api tiruan di rumahnya pada awal tahun ini.
Mohd. Jaffar Robani, 46, membuat pengakuan tersebut atas dua pertuduhan yang dihadapinya di hadapan Majistret Siti Suriaety Mohamed Yusoff.
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu tiga bilah pisau graviti, sebilah lembing, 29 bilah pedang dan 11 bilah parang di sebuah rumah tidak bernombor di Batu 25 1/2 Kampung Chabau, di sini pada pukul 4.30 petang, 5 Januari lalu.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment