My Add

Wednesday 30 January 2013

Polis ambil keterangan lima individu kes William

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA

MELAKA, RABU, 30 Januari, 2013: Polis telah mengambil keterangan lima individu semalam termasuk moyang, datuk saudara dan bapa saudara William Yau Zhen Zhong, 6, yang ditemui mati di Jeti Sungai Sireh, Pelabuhan Klang pada Khamis lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan R. Gunarajan berkata, empat pegawai penyiasat masing-masing dua dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Selangor mengambil keterangan itu di rumah moyang mangsa di Batang Melaka, Jasin antara pukul 3.30 petang hingga 7.30 malam tadi.

“Selain moyang, datuk saudara dan bapa saudara mangsa, dua lagi individu yang turut diambil keterangan ialah seorang jiran lelaki yang tinggal berhampiran rumah moyang mangsa serta anak perempuannya.

“Kesemua individu tersebut berusia antara 22 hingga 72 tahun. Dua lagi individu yang akan diambil keterangan ialah nenek dan ibu saudara mangsa dalam tempoh terdekat," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di IPK Melaka hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment