My Add

Wednesday 30 January 2013

PDRM wujudkan bank data DNA di setiap daerah

Oleh FARHANA JONI

MIRI, RABU,  30 Januari, 2013: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mewujudkan sebuah bank data asid deoksiribonukleik (DNA) di setiap daerah dalam tempoh terdekat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, bank data DNA itu merupakan salah satu langkah dalam menguatkuasakan Akta Identifikasi DNA yang diluluskan Parlimen enam tahun lalu.

Katanya, bank data DNA itu bertujuan menyimpan dan menyenggara indeks sampel manusia berhubung penyiasatan forensik, menyimpan profil dan maklumat yang diperoleh daripada sampel intim atau bukan intim.

“Bank data DNA ini akan membantu pihak polis untuk mengenal pasti pesalah yang melakukan jenayah di tempat kejadian berdasarkan sampel data yang diambil," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis penyerahan cek penghargaan kepada dua bekas anggota polis di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment