My Add

Wednesday 30 January 2013

Myanmar tarik balik larangan berhimpun di tempat awam

YANGON, RABU, 30 Januari, 2013: Myanmar hari ini menarik semula pengharaman berkumpul di tempat awam melebihi lima orang yang dikeluarkan pada 1988 sebaik junta tentera merampas kuasa ketika itu.

Akhbar harian Myanma Ahlin melaporkan, Perintah No 2/88 dihapuskan kerana ia tidak sejajar dengan Perlembagaan yang mengikhtiraf kebebasan bersuara selagi ia tidak melanggar undang-undang sedia ada.

Perintah itu digunakan secara terpilih kepada mereka yang cuba mengugat rejim pemerintahan tentera sehinggalah kerajaan sekarang memilih Presiden, Thein Sein pada 2011 lalu.

Di bawah pentadbiran barunya, Thein Sein memperkenalkan liberalisasi politik termasuk menarik semula undang-undang penapisan. - AP

No comments:

Post a Comment