My Add

Wednesday 30 January 2013

Yaman serbu kapal seludup senjata

SANAA (Yaman), RABU, 30 Januari, 2014:: Pihak berkuasa Yaman menyerbu dan merampas sebuah kapal yang merentasi perairan negara itu selepas dipercayai membawa bahan letupan, senjata dan peluru berpandu.

Agensi berita Yaman berkata, pengawal pesisir pantai memintas kapal terbabit minggu lalu dalam operasi yang diatur tentera Amerika Syarikat (AS), tetapi tidak memberitahu faktor berita itu tidak diumumkan lebih awal.

Katanya, kapal terbabit bersama lapan anak kapal terdiri daripada warga Yaman dan destinasi serta sumber senjata yang dibawa masih disiasat. - AP

No comments:

Post a Comment