Kerajaan Selangor bubar DUN selepas Chap Goh Mei
SHAH ALAM, RABU, 30 Januari, 2013: Kerajaan negeri Selangor akan mencadangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor selepas sambutan Chap Goh Mei iaitu 15 hari selepas perayaan Tahun Baharu Cina pada 10 Februari ini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pembubaran DUN Selangor tersebut akan tetap dibuat meskipun ketika itu Kerajaan Pusat tidak membuat sebarang pRABU,ngumuman berhubung pembubaran Parlimen.
Walau bagaimanapun kerajaan negeri akan turut membubarkan DUN serentak sekiranya Kerajaan Pusat mengambil keputusan mengumumkan pembubaran Parlimen lebih awal dari tarikh sambutan Chap Goh Mei," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Tarikh akhir mandat DUN Selangor adalah pada 22 April ini dan pembubaran akan berlaku secara automatik sekiranya masih tiada pengumuman Pilihan Raya Umum Ke-13 dibuat sehingga tarikh tersebut.
Tahun lalu, pentadbiran Abdul Khalid mengambil pendirian mengumumkan pembubaran DUN secara berasingan sekiranya Parlimen dibubarkan lebih awal. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment