My Add

Wednesday 30 January 2013

Jawatankuasa tangani isu penjawat awam kontrak

Oleh HASHNAN ABDULLAH

PUTRAJAYA, RABU, 30 Januari, 2013: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan mewujudkan satu jawatankuasa bagi menangani pelbagai isu yang dihadapi kira-kira 50,000 penjawat awam berstatus kontrak di tiga jabatan kerajaan mulai bulan depan.

Pengerusinya, Tan Sri Mahmood Adam berkata, tiga jabatan itu adalah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, serta Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

''Usaha itu perlu kerana hanya jabatan terbabit memiliki pegawai dan kakitangan yang mempunyai tempoh perkhidmatan sehingga tiga tahun,'' katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment