My Add

Wednesday 30 January 2013

Pencapaian keseluruhan calon STAM 2012 meningkat

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN

PUTRAJAYA, RABU, 30 Januari, 2013: Pencapaian keseluruhan calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun lalu meningkat sebanyak 0.08 mata, iaitu daripada indeks Gred Purata Nasional (GPN) 3.16 mata pada 2011 kepada 3.08 mata pada 2012.

Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan, Dr. Na'imah Ishak berkata, seramai 3,925 calon atau 67.4 peratus calon STAM tahun lalu memperoleh sijil sekurang-kurangnya peringkat Maqbul (Lulus).

Beliau berkata, bilangan itu menunjukan peningkatan seramai 505 calon atau 3.9 peratus berbanding 3,420 calon pada tahun sebelumnya.

"Calon yang mendapat peringkat Mumtaz (Cemerlang) bertambah seramai 59 calon atau 0.5 peratus, iaitu daripada 326 calon pada 2011 kepada 385 calon pada tahun lepas.

"Calon yang mendapat Jayyid Jiddan (Sangat Baik) adalah sebanyak 1,263 calon, Jayyid (Baik) seramai 1,868 calon, manakala seramai 409 calon mendapat peringkat Maqbul," katanya dalam sidang akhbar pengumuman STAM di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment