My Add

Wednesday 30 January 2013

Nik Aziz tak kisah Nasharudin tinggalkan Pas

KOTA BHARU, SELASA, 29 Januari, 2013: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak kisah sekiranya bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang digugurkan keahlian daripada Majlis Syura Ulama, meninggalkan Pas dan menyertai mana-mana parti politik.

Beliau menyifatkan isu Nasharudin seperti seorang lelaki menceraikan isterinya, selepas itu siapa sahaja bebas untuk mengambil wanita terbabit untuk menjadi isteri.

Malah Menteri Besar Kelantan berkata, pihaknya tidak berhadapan dengan sebarang cabaran baharu sekiranya Nasharudin mengambil tindakan menyertai mana-mana parti politik terutama UMNO.

“Itu dia (Nasharudin) punya pasal (sekiranya mahu menyertai mana-mana parti politik). Saya sebut kelmarin kepada wartawan orang laki bini lagikan bercerai, padahal kita semasa menyambut isteri, sembelih lembulah, gong gendanglah, selawat ke Nabi tetapi bercerai boleh. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment