My Add

Wednesday, 30 January 2013

PSM bertanding 4 kerusi termasuk di Jelapang

KUALA LUMPUR, RABU, 30 Januari, 2013: PartiSosialis Malaysia (PSM) mengumumkan akan kekal bertanding di empat kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), termasuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelapang yang kini disandang wakil DAP.

Selain DUN Jelapang, parti tersebut juga memilih untuk terus bertanding di Parlimen Sungai Siput, DUN Kota Damansara dan DUN Semenyih.

Pengerusinya, Dr. Mohd. Nasir Hashim berkata, walaupun sedar DUN Jelapang adalah kerusi tradisi milik DAP, PSM mahu bertanding kerana telah lama menabur bakti di kawasan tersebut.

"Keputusan ini dibuat berdasarkan khidmat bakti yang telah diberikan PSM kepada penduduk di kawasan-kawasan tersebut lebih lima tahun ini.

"Kami lebih realistik dalam soal menentukan kawasan yang mahu ditandingi dan bertanding di empat kerusi sudah cukup baik," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Manifesto PRU-13 PSM di pejabatnya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment