My Add

Wednesday 30 January 2013

Tarikh PRU-13 ambil kira kalendar masyarakat Cina

PUTRAJAYA, RABU, 30 Januari, 2013: Penentuan tarikh pembubaran Parlimen dan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan mengambil kira dua tarikh penting dalam kalendar masyarakat Cina iaitu sambutan Tahun Baru Cina dan Qing Ming yang disambut pada Februari dan April.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, penentuan tarikh pembubaran Parlimen juga akan melibatkan persetujuan daripada semua parti komponen dalam BN.

"Kita juga akan melihat tarikh kaum Cina, sebab BN merupakan parti pelbagai kaum dan keputusan yang dibuat akan mengambil kira semua aspek selain konsensus daripada semua (parti komponen).

"Kita akan ambil kira sama ada ia bertembung dengan Maulidur Rasul, Gawai, Ching Ming atau mana-mana tarikh lain sebelum membuat keputusan,'' katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta Jelajah Anak Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 8 (1) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment