My Add

Wednesday 30 January 2013

Artis ajak generasi muda hargai alam sekitar

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI

KUALA LUMPUR, RABU, 30 Januari, 2013: Generasi muda perlu berjuang berhabis-habisan demi untuk menghargai alam sekitar dan keindahan hutan hijau yang dimiliki negara ini seperti mana mereka mempertahankan nyawa sendiri.

Demikian mesej yang disampaikan oleh artis-artis popular negara dalam usaha menyemai semangat cintakan alam semulajadi di kalangan generasi muda.

Antara artis yang menyatakan sokongan terhadap Larian Selamatkan Hutan Hijau Kita yang bakal berlangsung pada 2 Mac depan bertempat di Air Terjun Chamang, Bentong, Pahang termasuklah Zainal Abidin, Datuk Khadijah Ibrahim, Ella, Sarimah Ibrahim, Dynas Mokhtar dan juga Imran Ajmain.

Larian yang diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berhubung pentingnya menghargai alam sekitar itu dianjurkan oleh Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka).

Menurut Zainal, kempen tersebut merupakan satu usaha yang positif bagi menanamkan perasaan cinta kepada kehijauan alam terhadap masyarakat negara ini.

“Setelah berpuluh tahun saya membawakan mesej berhubung alam sekitar, kini saya dan rakan-rakan artis mahu mengajak masyarakat sama-sama. Jagalah hutan kita seperti kita menjaga diri kita sendiri" katanya dalam satu majlis Pelancaran Kempen tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment