My Add

Wednesday 30 January 2013

Dua kapal ditahan berlabuh tanpa kebenaran

Oleh AZIZI MAJID

*KAPAL MV Cape Madrid yang ditahan Maritim Malaysia Wilayah Selatan kerana bersauh tanpa kebenaran di perairan Tanjung Piai, Pontian semalam. - FOTO IHSAN MARITIM MALAYSIA

JOHOR BAHRU, RABU, 30 Januari, 2013: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Wilayah Selatan menahan dua buah kapal kerana berlabuh tanpa kebenaran di perairan Tanjung Piai, Pontian semalam.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Malaysia Daerah Johor Bahru, Kepten Maritim Aminuddin Abd. Rashid berkata, kapal MV Cape Madrid ditahan pukul 10.30 pagi manakala MV Cape Magnus yang berlabuh berhampiran ditahan sejam kemudian.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua kapal yang didaftarkan di Kepulauan Marshall itu gagal mengemukakan dokumen kebenaran daripada Pengarah Jabatan Laut untuk berlabuh dalam perairan negara. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment