My Add

Wednesday 30 January 2013

Kertas siasatan kes lapan suspek jual bayi siap

Oleh ANI AWANG

NIBONG TEBAL, RABU, 30 Januari, 2013: Polis akan menyerahkan kertas siasatan membabitkan lapan suspek sindiket pemerdagangan bayi termasuk seorang doktor dan pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepada pejabat timbalan pendakwa raya (DPP) esok untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, siasatan ke atas semua suspek itu telah siap dan pihaknya kini menunggu arahan daripada DPP untuk mendakwa mereka.

Menurutnya, lima daripada 36 suspek telah didakwa manakala 22 daripada mereka telah dibebaskan dengan jaminan mahkamah.

“Kita akan serahkan kertas siasatan itu ke pejabat DPP esok dan tunggu arahan selanjutnya untuk mendakwa mereka di mahkamah," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment