My Add

Thursday 3 January 2013

4 suspek ditahan, rampas 3 pucuk pistol

*MAZLAN Kesah (tengah) menunjukkan pistol yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Kepala Batas, semalam.

KEPALA BATAS, RABU, 02 Januari, 2013: Polis menahan empat penjenayah termasuk dua wanita serta merampas tiga pucuk pistol berserta 68 butir peluru dalam serbuan di sebuah rumah di sini awal pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, bertindak atas maklumat orang ramai, pihaknya melakukan serbuan itu kira-kira pukul 1 pagi dan menahan kesemua suspek berusia 39 hingga 72 tahun.

"Hasil pemeriksaan, polis merampas tiga pucuk pistol iaitu jenis LLMA, Sig Sauer dan satu lagi tiruan. Turut ditemui 68 butir peluru bersaiz antara 9 milimeter (mm), .32mm dan .45mm.

"Polis juga menemukan 90 kotak rokok pelbagai jenis yang dipercayai cuba diseludup suspek," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment