My Add

Sunday 27 January 2013

5 penumpang, seorang pekerja cedera

Oleh AZIZI MAJID

 *KKAKITANGAN KTMB, memantau dan melakukan siasatan awal kemalangan yang melibatkan gerabak Tren Sinaran Selatan, Keretapi Tanah Melayu Berhad yang tergelincir lalu terbalik berhampiran stesen keretapi Kempas Baru, Johor Bahru semalam. - MINGGUAN/AMIN FARIJ HASAN

JOHOR BAHRU, SABTU, 26 Januari, 2013: Lima penumpang dan seorang pekerja cedera selepas empat daripada 10 gerabak tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tergelincir di Kilometer 738.25, berhampiran Taman Impian Emas, Skudai di sini hari ini.

Tren Sinaran Selatan itu yang dalam perjalanan dari Stesen KL Sentral ke Woodlands, Singapura bergerak dari Kuala Lumpur pukul 9 pagi dan dikatakan tergelincir antara Stesen Kulai dan Stesen Kempas di sini kira-kira pukul 3 petang.

Pengurus Pemasaran, Unit Pemasaran Strategik Perkhidmatan Bandar KTMB, Mohd. Nordin Kimi ketika dihub ungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, lebih 200 penumpang berada dalam tren itu semasa kejadian. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment